kursus

kursus

Saturday, April 5, 2008

PERKHIDMATAN JUALAN


Kami juga menjual peralatan dan benih untuk penanaman cili fertigasi. Hubungi kami untuk mengetahui senarai harga barang berikut.

Peralatan

NO NAMA PERALATAN NO NAMA PERALATAN
1 Arrow Dripper 1 paket (100 btg) 15 Joiner L
2 Nipple 1 paket (100 biji) 16 Stop cok (13mm)
3 Mini Tubing (1 gulung ) 17 Plastic UV (1 gulung) – 24 x 180
4 Tray Semaian 18 Ball Valve 1 ½
5 Set Mini Tubing 19 Filter Air 1”
6 Klip Hitam 20 Tong Nutrien
7 Klip Besi/Long Hanger 21 Tong Air 600 Gallon
8 Polybeg Plastik – 1kg (Hitam UV) – 15 x 15 22

EC Meter

9 Polybeg Plastik – 1kg (Putih UV) - 15 x 15 23 Timer
10 Silvershine (1 gulung) 24 Poly Pipe 16mm (1 gulung)
11 Cocopeat & Sekam 25 Poly Pipe 50mm (1 gulung)
12 Peatmoss 26 Besi Tanduk
13 Plastik Penebuk 27 Penggalak Buah - Boom
14 Joiner T 28 Net Hitam

Benih-benih

NO JENIS
1 F1 910
2 F1 990
3 S469 20g
4 F1 HOT CHILI KOREA
5 KULAI 568
6 SKATA

Friday, April 4, 2008

PAKEJ PERMULAAN


Kami menyediakan pakej rumah lindungan hujan dan kalis serangga. Untuk pengetahuan lanjut sila hubungi kami.

TEKNOLOGI TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Pengenalan

Teknologi fertigasi merujuk kepada sistem tanaman tanpa tanah. Fertigasi bermaksud tanaman sentiasa diairi larutan baja yang lengkap secara titis beberapa kali sehari mengikut keperluan pokok. Mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit dibawa oleh tanah. Paling banyak digunakan cocopeat (Sabut kelapa halus) dan sekam padi.

Kelebihan

Kelebihan tanaman cili secara fertigasi antaranya lebih produktif, produk berkualiti tinggi, tiada penyakit bawaan tanah, kurang kos operasi, jimat baja, bersih tanpa bau dan mesra alam & boleh tanam bila-bila masa



 

MEMACU KEJAYAAN MELALUI PERTANIAN



Seiring dengan slogan “PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN” kerajaan Malaysia kini memberikan perhatian yang serius untuk memacu sector pertanian sebagai penggerak ketiga ekonomi Negara. Menerusi Dasar Pertanian Negara III (DPN III), sepanjang 2005 sehingga 2010, kerajaan berhasrat untuk meberikan focus yang mendalam kepada penanaman sayuran secara komersial menggunakan teknologi moden sekaligus mengurangkan import makanan Negara.



Bersempena dengan itu, sistem penanaman sayuran dan buah-buahan secara fertigasi dilihat sebagai alternative yang sesuai untuk mencapai tujuan tersebut . Melalui teknik ini aplikasi teknologi pengairan dan pembajaan digunakan untuk memaksimumkan pengeluaran hasil tanaman selain meminimumkan penggunaan tanah selain menjamin mutu dan kualiti hasil tanaman melalui pemberian nutrien lengkap dan terkawal. Kawalan serangga perosak dan penyakit tanaman dapat dielakkan melalui penggunaan rumah lindungan hujan dan sekaligus mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman. Keperluan tenaga manusia jusa sangat minimum. Secara anggaran purata seorang pengusaha hanya perlu menghabiskan masa antara 4-5 jam sehari sahaja untuk mengawasi dan memantau pertumbuhan pokok serta melakukan kerja-kerja ladang yang minimum. Manakala kerja-kerja pembajaan dan pengairan dilakukan secara automatik.


Secara keseluruhannya prospek penanaman sayuran dan buah-buahan secara fertigasi adalah sangat praktikal dan sesuai memandangkan kelebihan yang dimilikinya berbanding tanaman secara konvensional.