kursus

kursus

Friday, April 4, 2008

MEMACU KEJAYAAN MELALUI PERTANIAN



Seiring dengan slogan “PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN” kerajaan Malaysia kini memberikan perhatian yang serius untuk memacu sector pertanian sebagai penggerak ketiga ekonomi Negara. Menerusi Dasar Pertanian Negara III (DPN III), sepanjang 2005 sehingga 2010, kerajaan berhasrat untuk meberikan focus yang mendalam kepada penanaman sayuran secara komersial menggunakan teknologi moden sekaligus mengurangkan import makanan Negara.



Bersempena dengan itu, sistem penanaman sayuran dan buah-buahan secara fertigasi dilihat sebagai alternative yang sesuai untuk mencapai tujuan tersebut . Melalui teknik ini aplikasi teknologi pengairan dan pembajaan digunakan untuk memaksimumkan pengeluaran hasil tanaman selain meminimumkan penggunaan tanah selain menjamin mutu dan kualiti hasil tanaman melalui pemberian nutrien lengkap dan terkawal. Kawalan serangga perosak dan penyakit tanaman dapat dielakkan melalui penggunaan rumah lindungan hujan dan sekaligus mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman. Keperluan tenaga manusia jusa sangat minimum. Secara anggaran purata seorang pengusaha hanya perlu menghabiskan masa antara 4-5 jam sehari sahaja untuk mengawasi dan memantau pertumbuhan pokok serta melakukan kerja-kerja ladang yang minimum. Manakala kerja-kerja pembajaan dan pengairan dilakukan secara automatik.


Secara keseluruhannya prospek penanaman sayuran dan buah-buahan secara fertigasi adalah sangat praktikal dan sesuai memandangkan kelebihan yang dimilikinya berbanding tanaman secara konvensional.


2 comments:

Unknown said...

http://www.dapatwang.com/?id=sus

Asian Academy for Agricultural Technology said...

Jualan CoCo peat:
Kami ada stock coco peat untuk di jual Harga RM 6 satu katul 5 kg.
Discount diberi untuk pesanan lebih 2000 ketul,
1 ketul boleh dapat lebilh dari 5 poly bag selepas rendam air.
gudang dekat port klang.
urusan hantar boleh di buat.
chandra (mobile) 0123795729
Malik (mobile) 0176159983